INFO SEKOLAH

NO TEL : 09-8481000
NO FAX : 09-8483000
EMEL : sksuradungun@yahoo.com
BLOG SEKOLAH : www.sksura.blogspot.com

FOTO SK SURA

FOTO SK SURA

Tuesday, March 11, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SURA KALI KE 28

Salam sejahtera.
Tanggal 8 Mac 2014, SK Sura dengan kerjasama PIBG sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 di Dewan Gemilang SK Sura. Majlis Mesyuarat Agung ini yang diadakan pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Ajil iaiti YB En Ghazali bin Taib. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Ucapan Tuan Guru Besar ( En Wan Abd Razak bin Wan Idris ), Ucapan Perasmian oleh YB, Mesyurat Agung dan diakhiri dengan cabutan bertuah.
Kepada AJK baru bagi 2014/15 yang telah dilantik semoga dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kepada AJK lama yang telah dibubarkan , terima kasih daripada pihak sekolah dan ibu bapa di atas jasa dan sumbangan yang diberikan.
Foto-foto berkaitan Mesyuarat Agung tersebut akan dimuatnaik dalam masa yang terdekat.
Terima kasih.

Saturday, March 1, 2014

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 4 SESI 2013/14

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 4 sesi 2013/14 telah diadakan di bilik mesyuarat SK Sura bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Seramai 8 orang AJK di kalangan ibu bapa dan guru hadir ke mesyuarat tersebut. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PIBG pada 8 Mac 2014 nanti.
Majlis mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Sura iaitu Mejar Baharom bin Musa.  Semoga pemuafakatan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa akan memberi kecemerlangan kepada murid SK Sura.