INFO SEKOLAH

NO TEL : 09-8481000
NO FAX : 09-8483000
EMEL : sksuradungun@yahoo.com
BLOG SEKOLAH : www.sksura.blogspot.com

FOTO SK SURA

FOTO SK SURA

Tuesday, March 11, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SURA KALI KE 28

Salam sejahtera.
Tanggal 8 Mac 2014, SK Sura dengan kerjasama PIBG sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 di Dewan Gemilang SK Sura. Majlis Mesyuarat Agung ini yang diadakan pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Ajil iaiti YB En Ghazali bin Taib. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Ucapan Tuan Guru Besar ( En Wan Abd Razak bin Wan Idris ), Ucapan Perasmian oleh YB, Mesyurat Agung dan diakhiri dengan cabutan bertuah.
Kepada AJK baru bagi 2014/15 yang telah dilantik semoga dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kepada AJK lama yang telah dibubarkan , terima kasih daripada pihak sekolah dan ibu bapa di atas jasa dan sumbangan yang diberikan.
Foto-foto berkaitan Mesyuarat Agung tersebut akan dimuatnaik dalam masa yang terdekat.
Terima kasih.

Saturday, March 1, 2014

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 4 SESI 2013/14

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 4 sesi 2013/14 telah diadakan di bilik mesyuarat SK Sura bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Seramai 8 orang AJK di kalangan ibu bapa dan guru hadir ke mesyuarat tersebut. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PIBG pada 8 Mac 2014 nanti.
Majlis mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Sura iaitu Mejar Baharom bin Musa.  Semoga pemuafakatan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa akan memberi kecemerlangan kepada murid SK Sura.









Friday, November 22, 2013

CUTI SEKOLAH SESI 2013

Pihak PIBG SK Sura mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid SK Sura. Cuti bermula pada 15 November 2013 dan berakhir pada 31 Disember 2013. Pihak sekolah berharap kepada guru-guru yang terlibat dengan kursus dalaman supaya hadir ke sekolah untuk berkursus dan kepada ketua-ketua bagi jawatan-jawatan penting supaya menyiapakan pelan strategik dan buku perancangan untuk tahun2014. Buku program dan perancangan 2014 hendaklah disediakan oleh AJK tahun 2013 dan dihantar ke GPK masing-masing pada 1 Disember 2013. Semoga SK Sura mencapai kejayaan pada tahun hadapan, InsyaAllah...

Thursday, October 24, 2013

SUDUT / PAPAN KENYATAAN UNTUK PIBG DI SK SURA

Untuk makluman semua guru dan ibu bapa, pihak pengurusan sekolah dan PIBG telah menyediakan sebuah papan kenyataan atau sudut khas pada hari ini, Khamis ( 24 Oktober 2013 ) bagi menyalurkan maklumat kepada ibu bapa. Papan kenyataan tersebut diletakkan bersebelahan dengan pondok menunggu berhampiran dengan bilik guru baru. Diharap papan kenyataan atau sudut bagi ibu bapa atau PIBG itu dapat memberi manafaat serta maklumat yang berguna kepada ibu bapa dan guru-guru di SK Sura. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan papan kenyataan tersebut.

Tuesday, October 8, 2013

PERTANDINGAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT SEKOLAH 2013


Pada 8 hingga 10 Oktober, berlangsung aktiviti Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke 13
Peringkat SK Sura. Terdapat 4 buah rumah sukan yang terlibat dengan kejohanan tersebut iaitu Rumah Tok Janggut, Rumah Maharaja Lela, Rumah Mat Kilau dan Rumah Dato Bahaman. Dalam kejohanan ini juga , ibu bapa terlibat dengan acara sukan bersama guru-guru SK Sura. Semoga dengan adanya kejohanan seperti ini, akan mengeratkan lagi ukhwah antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti sekitarnya.











Monday, October 7, 2013

MESYUARAT KALI KE 2 AJK PIBG SK SURA

Pada hari ini , Rabu ( 7 Oktober 2013 ) , pihak PIBG mengadakan mesyuarat AJK bagi kali ke 2 di bilik mesyuarat SK Sura dari jam 4.30 hingga 6.20 petang. Mesyuarat di pengerusikan oleh NYDP PIBG, En Mohd Faidz bin Hj. Said. Mesyuarat membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan di sekolah yang merangkumi penglibatan ibu bapa dan guru. Antara agenda mesyuarat sebentar tadi ialah :
1. Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Ucapan Tuan Guru Besar ( En Wan Abdul Razak bin Wan Idris )
3. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Laporan Kewangan
6. Sarana ibu bapa
7. Sudut Info Ibu bapa / Papan Kenyataan
8. Pemilihan AJK
9. Hal-hal lain
10. Penutup

Semoga apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut , boleh membawa kepada perubahan dan kejayaan kepada sekolah terutama pelajar-pelajar SK Sura. Admin juga salah seorang daripada AJK yang terlibat.









SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG SK SURA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog PIBG SK Sura, Dungun. Semoga anda mndapat manafaat dan maklumat daripada blog ini. Pihak PIBG dan sekolah mengalu-alukan kerjasama dari ibu bapa dan guru-guru dalam membantu pihak sekolah, pelajar-pelajar dan komuniti dalam sekolah ini. Terima kasih...